SJKCMENGKUANG

Sekolah ini telah dibina sejak tahun 1934 , pada masa ketika itu , sekolah tersebut hanya merupakan sebuah rumah papan sahaja.Pada masa itu , sekolah itu juga hanya mempunyai 8 orang murid dan seorang guru sahaja . Di bawah adalah hal peristiwa SJK (C) Mengkuang: 1. Pada tahun 1936,sekolah ini telah dipindahkan ke No.16,Jalan Besar , iaitu sebuah rumah kedai .Sekolah ini telah didaftarkan dengan nama Wah Kew Public School. 2. Pada tahun 1942 , sekolah ini ditutup disebabkan penaklukkan Jepun di Malaya. 3. Pada tahun 1947 ,bilangan pelajar di sekolah ini telah mencapai seramai 70 orang murid.Untuk menampung murid yang ramai itu , sekolah tersebut telah menambah sebanyak 2 orang guru lagi .Pada masa itu , sekolah tersebut di bawah tadbiran kerajaan English . 4. Pada masa 1948,sesuatu kejadian pemberontakan telah berlaku di Kampung Mengkuang dan ini mengakibatkan sekolah ini ditutup selama setahun. 5. Pada 28 Feb 1949 , pemberontakan telah berlaku di kampong Mengkuang ini guru-guru sekolah ini telah ditangkap oleh kerajaan. 6. Pada tahun 1952 ( Jun) bangunan baru telah didirikan dengan perbelanjakan RM 23,000.00. 7. Pada tahun 1953,bilangan pelajar di sekolah ini telah bertambah semakin ramai sehingga mencapai seramai seratus orang tetapi sekolah ini hanyamengadakan darjah satu sahaja.Selepas setahun kemudian , sekolah ini telah menambahkan darjah dua bagi menyedikan peluang kepada murid untuk belajar . 8. Pada tahun 1954 , sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Mengkuang dan kini telah dinamakan sebagai SJK ( C )Mengkuang. 9. Pada tahun 1958 ,sekolah ini telah menerima bantuan penuh daripada kerajaan dan nama sekolah ditukar menjadi Mengkuang New Standard Type School dan yuran murid adalah sebanyak RM2.50 seorang . 10. Pada tahun1961, nama sekolah ditukar lagi menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Mengkuang . 11. Pada tahun 1981 hingga 1994 , Sekolah ini banyak mengalami perkembangan dari segi kemudahan. 12. Pada tahun lepas iaitu tahun 2002 , sekolah ini telah membina sebuah makmal komputer untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 13. Pada tahun 2010, sekolah ini terdapat sebuah bangunan baru telah didirikan dengan perbelanjakan RM 250,000.00. 14. Bangunan baru ini akan digunakan pada bulan Julai , 2010.